17 Jun 2025, Selasa – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 tahun 2025 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad bertempat di Swiss-Belhotel Kuantan.
Program tahunan anjuran Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) diberikan tugas menyelaras Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan ke-43.
Persidangan kali ke-43 ini dijangka menghimpunkan pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran dari seluruh negara bagi bertukar pandangan, membincangkan hala tuju pendidikan tahfiz serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi tahfiz di Malaysia.
Antara institusi yang menyertai ialah
1- Darul Quran, JAKIM
2- Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
3- Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), PERAK
4- Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Addin (ADDIN), PERAK
5- Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), N.SEMBILAN
6- Institut Pengajian Islam (INSPI), TERENGGANU
7- Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR), KEDAH
8- Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), SABAH
9- Darul Quran MAIK, KELANTAN
10- Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), MELAKA
11- Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), SARAWAK