Salam Rejab

Salam Rejab


Bulan yang diagungkan oleh Allah S.W.T.


Bulan yang digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.


Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ


“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Keistimewaan Bulan ini dimana malam pertamanya adalah antara malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;


“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”


Hadis Riwayat Al-Baihaqi.


Bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah S.W.T. Wallahua’lam.


Ramadhan : 58 hari lagi.

Scroll to Top