Slot Pathway Talk Dengan Tajuk Pathway to Germany

Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Slot Pathway Talk dengan tajuk Pathway to Germany disampaikan oleh saudara Riza Amir, Pengarah AbroadAssist Sdn Bhd (Master in Accounting & Controlling , Berlin School of Economics & Law) bertempat di Dewan Auditorium MTNP.


Pelajar MTNP didedahkan mengenai halatuju pengajian lepasan SPM ke Negara German. Apa yang menarik belajar di Negara German dan keindahan Negara German itu sendiri. Semoga dengan adanya pendedahan seperti ini mampu menarik minat lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik dunia seperti yang ada German.


Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi merangkap Pengarah Urusan MTNP, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Tn Hj Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz dan barisan Pengurusan MTNP.

Scroll to Top