Assalamu’alaikum,
RealEdu, aplikasi web yang dibangunkan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat MTNP telah memenangi Gold Medal dalam World Youth Stem Invention Innovation (WYSII 2023). Pertandingan ini dianjurkan oleh Malaysia Young Scientists Organisation (MYSO) dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Malaysia Invention Innovation Creativity Association (MIICA), Indonesia Young Scientists Association (IYSA), Indonesia Scientific Society (ISS), Bach Khao Maths and Science Club Hanoi – Vietnam, Global League of Winners. Inc. Philippines (GLOW), Suranaree University of Technology, Thailand, Princess Chulabhorn Science High School Satun (PCSHSS) & Bach Khoa Maths & Science Club Hanoi – Vietnam.
Penjuriannya dilaksanakan secara dalam talian dengan penyertaan seramai 2800 peserta dari 9 buah negara dan 916 inovasi dipertandingkan.
Majlis penyampaian anugerah akan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 September 2023 akan datang.