Cerapan Hilal Zulhijah 1447H / 2026M

YH Dato’ Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. hadir ke Cerapan Hilal Zulhijah 1447H / 2026M bertempat di Menara 188, Kuantan, Pahang.


Program Cerapan Hilal Zulhijah 1447H bertujuan penentuan awal bulan Zulhijah mengikut kaedah falak syarie’.


Sesi cerapan di Menara 188 telah diketuai oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang dan disertai wakil-wakil agensi kerajaan, ahli Jawatankuasa Falak Syarie Negeri Pahang serta pegawai berkaitan.


Program ini diurus setiakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama JUPEM Negeri Pahang.


Info : Jabatan Mufti Negeri Pahang

Scroll to Top