Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITReX) 2026

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang atas pencapaian membanggakan dalam Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITReX) 2026.


CITReX 2026 menghimpunkan sebanyak 285 penyertaan melibatkan kategori staf dan pelajar UMPSA, institusi pengajian tinggi, industri serta sekolah. Program ini turut melibatkan penjurian oleh 41 juri dalaman dan 25 juri luar yang menilai aspek kreativiti, impak penyelidikan, potensi pengkomersialan dan kebolehgunaan teknologi.


Dalam program INNOPINTAR di bawah Pemerkasaan Ilmu dan Teknologi untuk Aspirasi Rakyat (PINTAR), MTNP telah menghantar empat penyertaan inovasi. Daripada jumlah tersebut, satu kumpulan berjaya mara ke peringkat akhir dan seterusnya meraih pingat perak menerusi inovasi yang dihasilkan.


Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Scroll to Top