Seminar Kesedaran Penjagaan Hafazan Al-Quran 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar Kesedaran Penjagaan Hafazan Al-Quran 2026 yang telah disampaikan oleh Syeikh Abdel Rahman Sayed Aly Abdel Maged.

📅 10 Julai 2026 Sesi tausiyah bersama Guru-guru Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat MTNP. Syeikh berkongsi pelbagai nasihat dan panduan berkaitan kepentingan memelihara hafazan Al-Quran serta adab seorang hafiz dalam berinteraksi dengan Kalamullah.

📅 13 Julai 2026 Program diteruskan dengan penyampaian nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga hafazan Al-Quran agar sentiasa dipelihara melalui murajaah yang berterusan, keikhlasan serta istiqamah dalam mengulang hafazan.

Seminar ini turut disempurnakan dengan Sesi Tahsin Surah al-Fatihah bersama para pelajar Tahfiz Profesional di Dewan Auditorium, sebagai usaha memperkukuh bacaan yang sahih dan berkualiti, selaras dengan tuntutan memelihara kesempurnaan bacaan Al-Quran.

Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan menjadi inspirasi kepada seluruh guru dan pelajar untuk terus istiqamah menjaga amanah Al-Quran serta melahirkan generasi huffaz yang mutqin, berakhlak mulia dan beramal dengan isi kandungan Al-Quran.

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Scroll to Top