Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Tingkatan 1 MTNP

26 September 2023 – Sempena pembukaan Permohonan Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Tahfiz Profesional sesi 2024 minggu depan, disini kami nyatakan Syarat-syarat Kelayakan Permohonan untuk Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 bagi Tajaan Yayasan Pahang atau Pembiayaan Sendiri.


Sekali lagi dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan adalah SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) yang akan dibuka bermula pukul 10.00 pagi pada 3 Oktober hingga 24 Oktober 2023.


Pautan kepada Borang permohonan akan kami kongsikan pada pagi 3 Oktober nanti atau boleh terus ke laman web MTNP www.tahfizpahang.edu.my


Teruskan kekal bersama media sosial rasmi MTNP untuk tidak terlepas info dan perkembangan terkini MTNP.


“Membina Profesional Islam Masa Depan”
“Memartabatkan Al-Quran”

Scroll to Top